:: faNcyNet ::

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    ..Peraturan & Etika..

    Admin
    Admin
    Admin


    Number of posts : 9
    Registration date : 2009-03-16
    Location : malaysia

    ..Peraturan & Etika.. Empty ..Peraturan & Etika..

    Post  Admin Mon Mar 16, 2009 5:31 pm

    Assalamulaikum.
    Kerjasama daripada anda untuk tidak melanggar kod etika yang telah kami tetapkan amatlah diharapkan.
    Objektif kod etika ini digubal adalah untuk menjaga kesejahteraan forum.Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku.Di harap SEMUA ahli faNcyNet dapat membaca, memahami, menghormati dan mengamalkan etika yang baik.


    1. Anda dilarang:

    1.1. Membuka topik di segmen KOD ETIKA.

    1.2. Meletakkan tajuk topik yang tidak sesuai.

    1.3. Keluar dari topik perbincangan.

    1.4. Meletakkan topik baru di kategori yang salah. Contohnya: Topik berkaitan taaruf tetapi diletak di dalam topik bisnes.

    1.5. Membuka topik yang boleh menyinggung sensiviti agama atau kaum lain, topik yang mengandungi bahan lucah, fowarded email.

    1.6. Membuka topik yang sudah dibuka oleh ahli sebelumnya. Sila buat sedikit rujukan atau carian di dalam diskusi faNcyNet.

    1.7. Spamming (Dilarang post hanya sekadar smiley, atau ayat terlalu pendek seperti, ya, tidak, hmm, ntahle, betul3).

    1.8. Membuat double posting tanpa sebab yang munasabah.

    1.9. Menggunakan kata-kata kurang beradab atau kesat kepada ahli lain.

    1.10. Menimbulkan provokasi/spekulasi antara ahli.

    1.11. Memulakan thread gosip artis dan gosip-gosip lain.

    1.12. Meletakkan huruf besar bagi tajuk thread. Contohnya: JOM KONGSI LAMAN FRIENDSTER. Sila tulis seperti ini: Jom Kongsi Laman Friendster


    2. Sekiranya ahli forum tidak mengikut peraturan ini, Admin/Moderator berhak untuk:

    2.1. mengubah kiriman/topik anda (edit)

    2.2. membuang kiriman/topik anda (delete)

    2.3. menyenaraihitamkan anda (ban)


    Setiap ahli faNcyNet adalah tertakluk kepada peraturan & etika ini. Amaran dan teguran Admin/Moderator mestilah dihormati.

    Akhir kalam, selamat berposting.
    May Allah bless.

    Regards,
    Barisan Admin faNcyNet
    ^^,

      Current date/time is Tue May 07, 2024 10:52 pm